Ciri-ciri Burung But-but Carik Anak

Burung But-but Carik Anak ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam :haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung But-but Carik Anak ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diliputi bulu pelepah. Paruh Burung But-but Carik Anak tidak bergigi.

Spesies dicalon di Kolkata, Bengal Barat, India.

Burung But-but Carik Anak merupakan spesies cuckoo besar bersaiz 48 cm. Kepalanya hitam, dada atas dan bahagian bawah hitam berkilat dengan kilauan ungu. Bahagian belakang dan sayap perang pinang.Tidak terdapat garis menegak pucat pada belakangnya. Matanya merah delima. Remaja hitam kelabu dengan tompok pada kepala dan terdapat garis keputihan pada bahagian bawah dan ekor. Terdapat beberapa ethnik geografik dan sesetengah populasi dianggap sebagai spesies penuh. Tanggapan awal termasuk "Brown Coucal" (C. (s.) andamanensis) di bawah nama ini. Rasmussen & Anderton (2005) mencadangkan bahawa etnik parroti mungkin spesies penuh - Southern Coucal yang terdapat di semenanjung India (sempadan utara tidak jelas). Etnik intermedius dari wilayah Assam dan Bangladesh adalah lebih kecil berbanding etnik dicalonkan yang terdapat di zon Himalaya kecil. Siulan antara pecahan etnik dikatakan jauh berbeza. Etnik parroti dari selatan India memiliki kepala hitam dan bahagian bawah lapis biru dan pada bahagian dahi, muka, dan tengkuk lebih keperangan.[4] Kedua jantina memiliki jambul yang serupa tetapi jambul burung But-but Carik Anak betina besar sedikit.[5]

Spesimen Leucism ("balau") turut dipantau.[6]

Spesies kecil dan taburan

Cakar belakang yang panjang dan lurus merupakan ciri-ciri genus ini

Etnik dicalon didapati dari Lembah Indus sepanjang Himalaya kecil dan dataran Gangetik ke Nepal, Assam dan kaki bukit Bhutan ke selatan China (Guangxi, Zhejiang, Fujian).[7]

  • Etnik parroti Stresemann, 1913 dijumpai di Semenanjung India (Maharashtra, Madhya Pradesh, Orissa dan keselatan). Atas belakang hitam dan burung remaja mempunyai sayap tanpa garis.[7]
  • Etnik intermedius Hume, 1873 adalah lebih kecil dan terdapat di Bangladesh, barat Cachar dan sehingga ke Myanmar dan Bukit Chin ke China (Yunnan, Hainan), Thailand, Indochina da bahagian utara Semenanjung Malaysia.[7]
  • Etnik bubutus Horsfield, 1821 terdapat di bahagian selatan Semenanjung Malaysia sehingga Pulau Sumatera, Nias, Pulau Mentawai, Jawa, Bali, Borneo, barat Filipina (Balabak, Cagayan Sulu dan Palawan). Sayap etnik ini lebih pucat ("paler rufous").[7]
  • Etnik anonymus Stresemann, 1913 dijumpai di barat daya Filipina (Basilan, Kepualuan Sulu) dan lebih pendek dan sayap lebih hitam berbanding bubutus.[7]
  • Etnik kangeangensis Vorderman, 1893 di jumpai di Kepualaun Kangean. Ia memiliki fasa jambul pucat dan gelap.[7]
Burung But-but Carik Anak muda menunjukkan bahagian berbelang/bertompok di dada. Haryana, India

Anak burung But-but Carik Anak yang beru menentas memiliki kulit hitam dan bulu pepelah rerambut putih (digelar trichoptiles) membentuk sisi pada mata dan paruh.[8][9] Di tengah perut bewarna merah kambu dan atas paruh atas bewarna hitam dengan tepi merah jambu. Iris bewarna perang, kuning ("gape yellow"), dan kaki perang kelabu.[7]

Burung muda etnik parroti memiliki hitam kusam tanpa tanda di sebelah bawah (belang berlawan pada etnik di utara) dan bewarna lebih gelap, perang tua kelabu pada sayap. Etnik bubutus terdapat di Asia Tenggara memiliki panggilan berbeza. Individu dari Ghats Barat memiliki saiz serupa dengan Burung But-but Kecil Centropus bengalensis tetapi yang berikutnya memiliki paruh lebih gempal, ekor lebih pendek, sayap mengunjur melampaui tubuh ("tertials" dan tepi sayap perang gelap, mata hitam dan ekor dengan kilauan hijau atau gangsa.[4] Burung But-but Carik Anak betina etnik parroti memiliki pelepah penutup sayap berjelaga atau kelabu antara November dan Januari dan di sempadan utara etnik adalah sepanjang tanah rata Punjab di mana ia membentuk perantaraan dengan bentuk utara.[10]